Sabtu, 7 November 2015

Nyummyyy ! Meh cuba puding roti marble :)







♥ Puding Roti Marble 

Assalamualaikum...........
kalini saya cuba buat puding roti marble plak. Masa buat nih, baru perasan yang masa beli serbuk agar agar tuh, ada warna rupa-rupanya.. hehe.. ingatkan suma sama ja.. (belajar benda baru)




♥ Saya beli warna kuning.. aduh.. tapi hantam sajalah.. 
♥ Alhamdulillah jadi jugak.
♥ Rasanya lemak berkrim + coklat... hmmmmm NYUM..NYUM..NYUM 
♥ Jom kita tengok resepi!





BAHAN BAHAN :

♥ 4 keping roti
♥ 2 biji telur
♥ 1/2 cawan susu pekat
♥ 170ml susu cair
♥ 8g serbuk agar-agar
♥ 1/2 cawan gula
♥ 2 sudu besar butter
♥ 3 1/2 cawan air
♥ 2 sudu besar serbuk koko


CARA MENYEDIAKAN : 


  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan  1/2 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididihkan tadi.
  3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan dibiarkan warna asal. dan satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko (pastikan serbuk koko betul betul hancur untuk memudahkan dikacau nanti & tidak berketul). Kacau adunan dengan segera.
  5. Kemudian tuangkan sesenduk adunan asal di tengah tengah loyang. adunan tersebut akan mengembang ke tepi.
  6. Seterusnya tuangkan sesenduk lagi adunan coklat pula di tengah tengah loyang.
  7. Langkah 5 & 6 dilakukan secara berselang seli sehingga habis.
  8. INGAT, lakukan dengan cepat kerana puding akan cepat membeku.
  9. Setelah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Sedap dimakan ketika sejuk!



                            
                            ♥ comot la sket.. hehe

                                                



Notes to myself:
♥ Agar- agar serbuk terdapat dalam pelbagai warna
♥ rasanya perlu cairkan dahulu serbuk koko dengan air panas.. sebab susah nak sebatikan serbuk koko dengan adunan... ada yang berketul-ketul...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan