Sabtu, 7 November 2015

Mushroom Soup & Garlic Bread. Mesti Cuba!









♥ Assalamualaikum ♥

Selalu bila makan mushroom soup kat restoran atau dari tin, teringin ja nak buat sendiri, rupa rupanya senang nak buat. Jom kita buat mushroom soup and garlic bread!

♥ Mushroom Soup 

Bahan bahan:


  • 250 ml atau 1 cawan susu segar
  • 750 ml atau 3 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 tin besar cendawan butang (425g) (dihiris nipis atau dicincang) -penggemar cendawan, jadi suka cendawan banyak banyak dalam sup. boleh guna tin kecil kalau tak suka ye
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan tepung gandum dilarutkan dengan 1 cawan air 
  • daun parsley kering
  • garam (masukkan sikit ja kadang-kadang tak masukkan terus, sebab pati ayam tuh dah masin)





Cara menyediakan :


  • Masukkan susu segar dan air ke dalam periuk, dan panaskan dengan api perlahan.
  • Kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan butang, marjerin dan serbuk lada.
  • Kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
  • Seterusnya, kecilkan api dan dengan menggunakan penapis, masukkan larutan tepung gandum sambil mengacau sup perlahan lahan.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam jika perlu dan daun parsley. Siap!








                                                           ~Hmmm..mmmmm.. GOOD~



♥ Garlic bread 

Bahan bahan :


  • France loaf
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • air
  • 1/2 butter 250g (125 g) (dibiarkan pada suhu bilik kerana untuk memudahkan membuat garlic butter nanti)
  • daun parsley kering




Cara menyediakan :


  • Masukkan bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  • Tapiskan bawang putih untuk buangkan air yang berlebihan.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan juga daun parsley ke dalam butter dan dikacau sebati.
  • Siap garlic butter! 
  • Seterusnya potongkan france loaf dan sapukan garlic butter di atas kedua dua permukaan roti.
  • Bakarkan roti tersebut.. Siap!




 ♥ bunga merah tuh dibuat ulam yer.. hihi ♥



♥♥♥ Lebihan garlic butter boleh disejukbekukan dalam fridge ♥♥♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan