Sabtu, 7 November 2015

Mushroom Soup & Garlic Bread. Mesti Cuba!









♥ Assalamualaikum ♥

Selalu bila makan mushroom soup kat restoran atau dari tin, teringin ja nak buat sendiri, rupa rupanya senang nak buat. Jom kita buat mushroom soup and garlic bread!

♥ Mushroom Soup 

Bahan bahan:


  • 250 ml atau 1 cawan susu segar
  • 750 ml atau 3 cawan air
  • 2 kiub pati ayam
  • 1 tin besar cendawan butang (425g) (dihiris nipis atau dicincang) -penggemar cendawan, jadi suka cendawan banyak banyak dalam sup. boleh guna tin kecil kalau tak suka ye
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1/2 cawan tepung gandum dilarutkan dengan 1 cawan air 
  • daun parsley kering
  • garam (masukkan sikit ja kadang-kadang tak masukkan terus, sebab pati ayam tuh dah masin)





Cara menyediakan :


  • Masukkan susu segar dan air ke dalam periuk, dan panaskan dengan api perlahan.
  • Kemudian masukkan kiub pati ayam, cendawan butang, marjerin dan serbuk lada.
  • Kacau perlahan lahan sehingga mendidih.
  • Seterusnya, kecilkan api dan dengan menggunakan penapis, masukkan larutan tepung gandum sambil mengacau sup perlahan lahan.
  • Kacau sehingga sebati.
  • Masukkan garam jika perlu dan daun parsley. Siap!








                                                           ~Hmmm..mmmmm.. GOOD~



♥ Garlic bread 

Bahan bahan :


  • France loaf
  • 7 ulas bawang putih (dikisar)
  • air
  • 1/2 butter 250g (125 g) (dibiarkan pada suhu bilik kerana untuk memudahkan membuat garlic butter nanti)
  • daun parsley kering




Cara menyediakan :


  • Masukkan bawang putih dan sedikit air ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus.
  • Tapiskan bawang putih untuk buangkan air yang berlebihan.
  • Kemudian masukkan bawang putih dan juga daun parsley ke dalam butter dan dikacau sebati.
  • Siap garlic butter! 
  • Seterusnya potongkan france loaf dan sapukan garlic butter di atas kedua dua permukaan roti.
  • Bakarkan roti tersebut.. Siap!




 ♥ bunga merah tuh dibuat ulam yer.. hihi ♥



♥♥♥ Lebihan garlic butter boleh disejukbekukan dalam fridge ♥♥♥

Nyummyyy ! Meh cuba puding roti marble :)







♥ Puding Roti Marble 

Assalamualaikum...........
kalini saya cuba buat puding roti marble plak. Masa buat nih, baru perasan yang masa beli serbuk agar agar tuh, ada warna rupa-rupanya.. hehe.. ingatkan suma sama ja.. (belajar benda baru)




♥ Saya beli warna kuning.. aduh.. tapi hantam sajalah.. 
♥ Alhamdulillah jadi jugak.
♥ Rasanya lemak berkrim + coklat... hmmmmm NYUM..NYUM..NYUM 
♥ Jom kita tengok resepi!





BAHAN BAHAN :

♥ 4 keping roti
♥ 2 biji telur
♥ 1/2 cawan susu pekat
♥ 170ml susu cair
♥ 8g serbuk agar-agar
♥ 1/2 cawan gula
♥ 2 sudu besar butter
♥ 3 1/2 cawan air
♥ 2 sudu besar serbuk koko


CARA MENYEDIAKAN : 


  1. Didihkan 3 cawan air, serbuk agar-agar dan gula ke dalam periuk.
  2. Kisarkan roti, telur, susu pekat, susu cair dan  1/2 cawan air. Kemudian masukkan ke dalam periuk agar-agar yang sudah dididihkan tadi.
  3. Masukkan butter dan kacau rata sampai mendidih. Matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan dibiarkan warna asal. dan satu adunan lagi dimasukkan serbuk koko (pastikan serbuk koko betul betul hancur untuk memudahkan dikacau nanti & tidak berketul). Kacau adunan dengan segera.
  5. Kemudian tuangkan sesenduk adunan asal di tengah tengah loyang. adunan tersebut akan mengembang ke tepi.
  6. Seterusnya tuangkan sesenduk lagi adunan coklat pula di tengah tengah loyang.
  7. Langkah 5 & 6 dilakukan secara berselang seli sehingga habis.
  8. INGAT, lakukan dengan cepat kerana puding akan cepat membeku.
  9. Setelah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang kurangnya sejam. Sedap dimakan ketika sejuk!



                            
                            ♥ comot la sket.. hehe

                                                



Notes to myself:
♥ Agar- agar serbuk terdapat dalam pelbagai warna
♥ rasanya perlu cairkan dahulu serbuk koko dengan air panas.. sebab susah nak sebatikan serbuk koko dengan adunan... ada yang berketul-ketul...

Cara mudah buat donut gebu,lembut&sedap! :)

assalamualaikum...

nak share dengan kengkawan resepi mudah buat donut
sebab apa mudah? sebabnya tak perlu timbang & bahan-bahan yang diperlukan pun sangat-sangat mudah.

bila tengok bahannya memang sangat simple semua ada kat dapur
cuma kena beli yis dengan gula kastor je.
yis dalam RM0.70 ...gula kastor pulak dalam RM1.++ tak silap
okeh jom tengok bahan-bahan nya..


Bahan-Bahan:
2 sudu kecil yis mauripan
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula

*satukan bahan diatas dan biar berbuih utk memastikan yis aktif.
3 cawan tepung gandum
4 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1/2 cawan air (ikut keperluan)
2 sudu besar butter/marjerin


Cara Membuat:


1. Satukan tepung, gula, garam, susu tepung ke dalam mangkuk yang besar.
2. Gaulkan sekata dan lubangkan tengah-tengah tepung. Tuangkan telur, air, yis dan marjerin. Uli sehingga licin atau tidak melekat ditangan.
3. Biar kan doh didalam bekas yang bertutup atau tutup menggunakan tuala lembab sehingga doh kembang.
4. Bila doh kembang tumbuk2 untuk keluarkan angin dan boleh bentukkan donut anda.
5. Biar sebentar donut naik *15-20 minit* dan goreng dengan minyak panas dengan api sederhana kecil.
6. Salutkan donut dengan gula halus atau celupkan dengan coklat mengikut citarasa sendiri.
ini lah hasilnya. sedap kan? cuba lah kalau nak. selamat mencuba!

10 Tempat Unik anda Harus Pergi!

Kali ini, saya akan senaraikan antara tempat-tempat perlancongan yang mungkin menarik minat anda untuk pergi. tak perlu pergi ke luar negara. kadang-kadang di negara sendiri belum tentu habis jalan bukan? bak kata pepatah, ''hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri" jadi kat sini, saya akan tunjukkan beberapa tempat menarik dan unik di sekitar Malaysia.

1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.




2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.


3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana  kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.



4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik, Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak di kawasan ini.


5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana.


6. Eight Acres, Raub, Pahang
Eight Acres adalah tempt percutian eco-friendly. Amat unit kerana ianya berada di antara kebuh buah-buahan, kelapa sawit dan juga pokok getah.



7. Sekeping Serendah, Selangor
Ingin merasai suasana kediaman mewah di dalam hutan? Sekeping Serendah adalah jawapannya.



8. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Suasananya sama seperti The Dusun, The Shorea merupakan tempat percutian tidak muslim friendly kerana anjing dibiarkan bebas di kawasan resort. Resort ini sangat sesuai untuk anda yang dalam mood honeymoonataupun annivesary kerana di sini resort-nya sungguh nyaman dan mendamaikan.



9. Limastigai, Umbai, Melaka
LimasTigai di Umbai, Melaka ini hanya istimewa untuk pengunjung beragama Islam sahaja. LimasTigai mengetengahkan konsep kampung moden yang dilengkapi dengan kolam renang, sesuai untuk seisi keluarga dalam bercuti.



10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Desa Balqis memberikan suasana kampung zaman dahulu kala sangat nyaman, lokasinya di tepi Selat Melaka jadi anda boleh melihat pemandangan menarik.


GADJET IDAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Pada kali ini, saya nak share sikit tentang gadjet idaman yang menjadi pilihan hati. Mesti tertanya-tanya kan benda apa? ya, logo di atas sudah cukup untuk buat korang tahu. Minat terhadap jam sememangnya menjadi pilihan remaja sekarang. terutamanya jam berjenama CASIO G-SHOCK. Jadi kat sini saya nak share sikit sejarah CASIO G-SHOCK yang perlu korang tahu :)


G -Shock yang pertama telah dibuat pada tahun 1983 Casio DW- 5000C yang direka oleh seorang jurutera yang bekerja untuk Casio bernama Kikuo Ibe , di sekitar tiga sepuluh konsep: konsep untuk jam tangan yang mempunyai hayat bateri 10 tahun, tahan air 10 bar, dan boleh hidup jatuh 10m ke atas permukaan keras. Jadi , jam g-shock yang korang pakai sekarang ni memang jauh lebih tahan dan lasak daripada dulu.

berikut merupakan jenis-jenis G-SHOCK yang menjadi idaman :-

1) G-SHOCK MODEL-DW
Harga Pasaran: RM 300


2) G-SHOCK MODEL-GA
Harga Pasaran: RM 500



3) G-SHOCK MODEL-GD
Harga Pasaran: RM 500



3)G-SHOCK MODEL-RANGEMAN
Harga Pasaran: RM 2500




4) G-SHOCK MODEL-GLX
Harga Pasaran: RM 800

MODEL LIMITED :-

GLX RASTA
Harga Pasaran: RM 1500

GA DOREMON
Harga Pasaran: RM 400



GA IRONMAN
Harga Pasaran: RM 400

jadi, ni antara koleksi yang mungkin menjadi pilihan hati korang. kalau rasa berminat, sediakan je duit ok. duit belakang cite, yang penting kepuasan hati masing-masing :)