Sabtu, 7 November 2015

10 Tempat Unik anda Harus Pergi!

Kali ini, saya akan senaraikan antara tempat-tempat perlancongan yang mungkin menarik minat anda untuk pergi. tak perlu pergi ke luar negara. kadang-kadang di negara sendiri belum tentu habis jalan bukan? bak kata pepatah, ''hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri" jadi kat sini, saya akan tunjukkan beberapa tempat menarik dan unik di sekitar Malaysia.

1. Tubotel Langkawi
Tubotel Langkawi menawarkan suasana yang berbeza dengan hotel dan resort di Langkawi. Keselesaan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pemilik hotel warga Austria dan pekerja di Tubotel seolah-olah seperti rakan yang sudah kenal lama. Bagi pengunjung beragama Islam pula, jangan khuatir kerana bilik solat dan bilik khas menyalin pakaian juga turut disediakan. Bagi yang inginkan keseronokan yang berbeza, Tubotel menyediakan aktiviti percuma iaitu tour Eco Pirate dimana pengunjung akan dibawa ke kawasan pulau berhampiran.




2. Tanah Aina Fahad
Ingin percutian yang lebih eco-friendly? Ini antara resort yang unik kerana menyediakan tempat tidur dalam khemah tetapi dengan aksesori mewah seperti hotel bertaraf 5 bintang. Tanah Aina Fahad, sebuah resort 8 ekar terletak bersebelahan dengan Lata Jarum yang terkenal di Ulu Dong, Raub sesuai untuk semua pencinta alam semula jadi yang ingin melarikan diri dari hiruk-pikuk kehidupan di bandar ini.


3. Time Capsule Retreat, Raub, Pahang
Anda sukakan suasana  kampung yang jauh dari hiruk pikuk bandar dan dalam masa yang sama inginkan satu pengalaman penginapan yang unik? Ya, pengalaman ini boleh didapati di Malaysia apabila sebuah tempat penginapan di buka di Sungai Lembing, Pahang iaitu Time Capsule Retreat. Hotel ini boleh dikatakan agak sama dengan konsep TubeHotel di Mexico di mana menggunakan konsep bilik hotel yang diperbuat daripada paip pembentung untuk menarik pelancong menginap di hotel mereka.



4. Casa Titik, Cherating, Pahang
Inginkan percutian yang tenang dan nyaman? Anda boleh ke Casa Titik, Cherating, Pahang, sambil menikmati pantai, anda boleh menikmati keindahan hijau yang segar. Menariknya Casa Titik ini menyediakan kolam renang yang besar sesuai untuk anak kecil, restoran seafood juga banyak di kawasan ini.


5. The Dusun, Mantin, Negeri Sembilan
The Dusun memberikan suasana berlainan persis di Bali. Cuma The Dusun mungkin tidak sesuai dan tidak digalakkan untuk pengunjung beragama Islam bermalam di sana.


6. Eight Acres, Raub, Pahang
Eight Acres adalah tempt percutian eco-friendly. Amat unit kerana ianya berada di antara kebuh buah-buahan, kelapa sawit dan juga pokok getah.



7. Sekeping Serendah, Selangor
Ingin merasai suasana kediaman mewah di dalam hutan? Sekeping Serendah adalah jawapannya.



8. The Shorea, Seremban, Negeri Sembilan
Suasananya sama seperti The Dusun, The Shorea merupakan tempat percutian tidak muslim friendly kerana anjing dibiarkan bebas di kawasan resort. Resort ini sangat sesuai untuk anda yang dalam mood honeymoonataupun annivesary kerana di sini resort-nya sungguh nyaman dan mendamaikan.



9. Limastigai, Umbai, Melaka
LimasTigai di Umbai, Melaka ini hanya istimewa untuk pengunjung beragama Islam sahaja. LimasTigai mengetengahkan konsep kampung moden yang dilengkapi dengan kolam renang, sesuai untuk seisi keluarga dalam bercuti.



10. Desa Balqis, Kuala Linggi, Melaka
Desa Balqis memberikan suasana kampung zaman dahulu kala sangat nyaman, lokasinya di tepi Selat Melaka jadi anda boleh melihat pemandangan menarik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan